Thursday, 31 May 2007

di mana kamu,separuhKu?

Dia datang tanpa sedar
Dia pergi tanpa ku rela
Dia hampiri dengan seribu kepastian
Dia juga berlalu tanpa sebarang jawapan

Diakah ChentaKu?
Diakah KasehKu?
Diakah MahuKu?
Diakah SeparuhKu?

Dia pernah janjikan
Sejuta impian
Sejuta harapan
Sejuta angan-angan;
Untuk dibina bersama.

Aku masih mencari sebenarnya;
"Dimana Dia?"
"Di sini, Dia kan sudah berteduh di sini, selamanya?"HatiKu menjawab.
"Bagaimana kalau Dia berteduh untuk sementara?"
"Tidak, tidak mungkin! Dialah SeparuhMu yang kau cari!"tegas Hati berkata.

Dan aku berharap keikhlasan CintaNya untuk kali ini,
Oh Tuhan, tolonglah aku?
Aku tidak sanggup kehilangan CintaNya;
Kerna Dia mungkin benar-benar SeparuhKu yang kucari!

Tetapi,bukan aku yang boleh tentukan jalan hidupku.
Mungkin juga bukan dia SeparuhKu.
Mungkin Dia sudah bertemu SeparuhNya nanti.
Jadi untuk apa aku bertemu Dia?
Untuk apa sebenarnya?
Mencipta kenangan yang akhirnya menghantui tiap malam dan siangku?

Tuhan. Aku perlu pimpinanMu.
Sedarkan aku bahawa aku hanya bermimpi walau aku tahu ianya realiti;
sudahpun terjadi.
tabahkan aku tuhan?
agar ku dapat lalui ini semua dengan hati yang terbuka.

2 comments:

Anonymous said...

Awak.
Kalau awak nak tahu.
Kita baru buat sajak ni semalam.
Kebetulan kita siap je buat.
Nabel call.
Hahaha.
Ade petanda ke haa wak?
Tah.
Kite pon tataw.
Awak.
Kite taip hari doa wak.
Pas solat.
Kebahagiaan awak.
Kebahagiaan kite.
Sama2 elok jalan hidup kite dua nanti wak.
Betul cakap awak...
"Mungkin Allah saja nak temukan kita dengan yang silap2 dulu,Sebab bila kita dah betul2 jumpa Separuh Kita nanti,kita akan hargai Dia macamane Dia hargai kita."

Cuma yang tinggal skang.
Masa
Masa untuk kita sabar.
Masa untuk kita lupakan.
Dan masa untuk kita jadi lebih kuat.

Awak.
Kita rasa syukur sgt awk pindah panglima dulu.
Kalau tak,konfem kita takkan serapat cam skang nih.
ALa2 lesbO gitu.
Hahaha.
Ingat lagi gelaran Nani bagi kite dua dulu.
Romantic Couple!

Hahaha.
Awak thank u so much jadi sahabat kite.
Selalu ade bebile je.
Rasenye kite sanggup hilang bf dari hilang awak.
Sayang awk sgt.
~ZatyRa~ selamanya!

atyra ™ said...

waaa..
awakk..terharunye..
mak aihh..
tq so much awkk..
hmm..maybe de hikmah yg akan brlaku disebalik sume nie kan??

hikmah utk kite 2..
hmm..da naseb awkk..

kite pun tanak kehilangan awkk..
siyesly..lantak laa..
bape byk laki yg da sakitkan hati kite..n tinggalkan kite..
kite mmg xsanggup kehilangan awkk..
lantak laa..
lesbo2 pun lesbo laa..
as long kite 2 je yg tawu..
rite??

yeahhh..kite akan slalu ade utk awk..
smpai bile2..
bile2 aje..

kite rase bertuah sgt sbb de beshfwen mcm awkk..
yg btol2 faham kite..
tq syg..
tq sgt..